Assalamualaikum W.T.B

Pendafataran pelajar baru (tadika & taska) kemasukan 2011 kini dibuka

Untuk pendaftaran tadika & taska sila hubungi talian hotline kami: 019.7558779

BAUCER PERCUMA RM100

Baucer RM100 diberikan kepada ibubapa yang telah mendaftar di tadika atau taska Umiku Sayang sebelum ini.

Baucer ini boleh digunakan untuk bayaran yuran bulanan atau pembelian barang samada di tadika / taska Assofea, tadika / taska Umiku Sayang dan kedai An-Nus’ha Gallery. Ianya sah sehingga 31 Disember 2011.

Sebagai tanda penghargaan kepada ibubapa pelajar / kanak-kanak yang setia memberi sokongan kepada TADIKA & TASKA ASSOFEA dan TADIKA & TASKA UMIKU SAYANG, pihak pengurusan telah bersetuju memberi baucer RM100 .

## sila rujuk syarat dan peraturan baucer seperti yang dinyatakan pada baucer tersebut.

PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2011

PENDAFTARAN TADIKA & TASKA SESI 2011 (fasa pertama) KINI DIBUKA!

PENGAMBILAN FASA PERTAMA, ini khas untuk kanak-kanak yang sedia ada . Ianya  bertujuan memberi keutamaan kepada ibubapa yang sedia ada untuk mendaftar anak-anak mereka agar terus berada di tadika / taska untuk tahun hadapan.

Pendaftaran fasa pertama ini dibuka bermula 1/10/10  sehingga 20/10/10. selepas tempoh tersebut pihak tadika akan membuka pendaftaran fasa kedua kepada pemohon baru.

Untuk tahun 2011, pihak tadika / taska akan menghadkan pengambilan kanak-kanak. Oleh yang demikian mereka yang berminat untuk memasuki tadika / taska Assofea dan tadika / taska Umiku Sayang dinasihatkan membuat pengesahan secepat mungkin.

Pernahkah anda mendengar istilah S.O.H.O. ? Ianya adalah singkatan dari Small Office Home Office.

Dalam bahasa mudah lebih kurang maknanya, pejabat kecil-kecilan di rumah atau buat duit dari rumah secara sambilan.

Tahukah anda, ramai yang sudah berjaya dengan SOHO? mereka mampu memperolehi ribuan ringgit  sebulan (ada juga puluhan ribu RM sebulan bergantung kepada usaha dan kreativitinya) dengan hanya bekerja di rumah dan melakukannya secara sambilan (bagi yang bekerja waktu pejabat, mereka ‘mengoperasikan’ SOHO sebelah malam).

Saya mula menceburi perniagaan internet / e-biz semenjak 2007.  Alhamdulillah, meskipun bukan terlalu lumayan tetapi ianya mampu memberi pendapatan tambahan kepada saya. Jika ada kelapangan masa, saya teringin sangat berkongsi pengalaman dengan para ibubapa pelajar, kenalan dan sahabat handai  bagaimana menjalankan SOHO secara sambilan.

Jika ada sambutan yang menggalakkan dari pihak ibubapa, mungkin boleh diadakan kursus jangka pendek berkenaan SOHO.

So, adakah anda berminat untuk menyertai SOHO? Anda dialu-alukan memberi pendapat di ruangan ‘comment’  kerana saya ingin mendengar pandangan anda tentang SOHO. Thanks.

Category: Berita E-BIZ  2 Comments

Pada 1 Mei 2010, Assofea Dot Com membuka perniagaan baru iaitu kedai kelengkapan ibadah , haji dan umrah. Ianya diberi nama AN-NUS’HA GALLERY yang beralamat di No 40, Jalan Padi Ria 13 Bandar Baru Uda 81200 Johor Bahru Johor.

Bagi mereka yang akan menunaikan umrah ketika cuti sekolah yang akan datang, semua tetamu Allah dijemput singgah ke AN-NUS’HA GALLERY kerana di sini ada menyediakan kelengkapan umrah seperti kain ihram, jubah, tali pinggang umrah/haji, telekung solat dan banyak lagi.

Jualan Diskaun bermula pada 1 – 20 Mei 2010 sempena pembukaan kedai baru. Justeru itu, jangan lepaskan peluang untuk ke AN-NUS’HA GALLERY kerana harga diskaun diberikan sehingga 45% untuk semua barang.

Lain-lain barang yang dijual di AN-NUS’HA GALLERY ialah frame ayat quran, kitab tafsir dan al-quran, pakaian kanak-kanak jenama Burberry, cenderamnata eksklusif, tudung, T.shirt Muslimah dan lain-lain. Selamat membeli belah di AN-NUS’HA GALLERY!

doc-annusha-gallery-447

Assalamualaikum  dan salam 1 Malaysia.

Untuk makluman, sehingga hari ini AsSofea DotCom mempunyai 6 cawangan perniagaan jenis perkhidmatan TADIKA iaitu 5 cawangan di Johor Bahru dan 1 cawangan di Selangor. Tadika-tadika kami terletak di lokasi-lokasi berikut:-

1. Bandar Baru Uda, JB

2. Larkin Jaya, JB

3. Bandar Uda Utama, JB

4. Kolam Air, JB

5. Nusa Indah

6. Sungai Buloh, Selangor more…

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah dengan rahmat dan inayah dari Allah, Assofea Dot Com terus maju ke hadapan melebarkan sayap perniagaannya. Dengan adanya laman web Assofea Dot Com, kami yakin ia mampu memberi banyak kemudahan kepada semua pelayar internet, bakal pelanggan dan khasnya kepada pelanggan kami yang sedia ada.

Melalui laman web Assofea Dot Com ini,  para pengunjung dapat  mengetahui berita terkini tentang produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan. Assofea Dot Com juga akan menjadi medium perhubungan dan komunikasi dalam dunia perniagaan global. more…

Category: Umum  Leave a Comment